Tuesday, April 7, 2020

TAHIYYAH TOYYIBAH

Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia sukakan keindahan. Seni khat merupakan satu keindahan yang terhasil daripada gabungan huruf-huruf al-Quran yang penuh dengan mukjizat. Tidak kira apa jua bidang yang kita minati, dengan kesungguhan dan keberkatan daripada Ilahi insyaAllah kita akan berjaya. Kalaupun tidak kaya, sekurang-kurangnya kita berjaya memberi kepuasan kepada diri kita sendiri
email: msanuc@yahoo.com.my (013-9549548)

Wednesday, April 21, 2010

LAMA TAK UPDATE


Assalamualaikum, lamanya ana tak update blog ni. Mcm2 masalah berlaku, pindah rumah, line tak ada, sibuk dan macam2 lagi. Ana juga tengah nak belajar buat lukisan khat atas kanvas. Saja nak buat kelainan. Ambik kaedah temporari sikit + guna cat minyak. apapun Alhamdulillah, orang dah beli dan dia nak tempah lagi satu. kadang2 best jugak buat khat lukisan ni, tapi yang tradisi tak boleh tinggal

Sunday, November 22, 2009

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik. Namun begitu latihan khat mesti tetap diteruskan. di sini ana masukkan hasil latihan penulis Taha al-Hiti. Beliau adalah salah seorang pelajar kepada Syeikh Abbas al-Baghdadi. Memang hebat



Wednesday, November 4, 2009

Sabtu lepas ana bersama-sama penulis-penulis khat Terengganu telah menyertai pertandingan manifestasi perdana seni khat yang diadakan di muzium kesenian Islam. Kami bertolak pada pagi Jumaat menaiki van Ust Syed Omar. Ana dan Ust Halias masuk khat nasakh, manakala ust Syed Omar, Ust Syed Ubaidillah, ust Zafwan dan Ust Razi ambil khat thuluth. Pertandingan sangat sengit kerana semua peserta hebat-hebat belaka. Keptusan akan diketahui 20/11 nanti.
Di sini ana masukkan beberapa karya spontan




Monday, October 26, 2009

KAEDAH MENULIS LAFZUL JALALAH

Di sini ana masukkan satu video cara menulis lafaz Allah. penulis ini ialah Abbas al-Baghdadi. Seorang pakar yang tidak asing di dalam dunia khat. Semoga semua peminat khat dapat mengambil manfaat daripada kepakaran beliau.

Friday, October 23, 2009

Kongsi Ilmu

Ini adalah hasil latihan seorang penulis khat wanita yang sedang meningkat naik. Ana cuba kongsi ilmu dan pengalaman setakat yang termampu. Ana yakin satu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang penulis khat yang terkenal insyaAllah




Seminar Seni Khat di UDM

Sekitar pembentangan kertas kerja seni khat di UDM. Bersama dengan pakar khat Terengganu Ust Halias dan Ust Zafuan. Banyak lagi gambar yang diambil tp ana belum terima. InsyaAllah akan dikemaskini nanti