Sunday, November 22, 2009

Selamat bercuti kepada semua warga pendidik. Namun begitu latihan khat mesti tetap diteruskan. di sini ana masukkan hasil latihan penulis Taha al-Hiti. Beliau adalah salah seorang pelajar kepada Syeikh Abbas al-Baghdadi. Memang hebat



Wednesday, November 4, 2009

Sabtu lepas ana bersama-sama penulis-penulis khat Terengganu telah menyertai pertandingan manifestasi perdana seni khat yang diadakan di muzium kesenian Islam. Kami bertolak pada pagi Jumaat menaiki van Ust Syed Omar. Ana dan Ust Halias masuk khat nasakh, manakala ust Syed Omar, Ust Syed Ubaidillah, ust Zafwan dan Ust Razi ambil khat thuluth. Pertandingan sangat sengit kerana semua peserta hebat-hebat belaka. Keptusan akan diketahui 20/11 nanti.
Di sini ana masukkan beberapa karya spontan




Monday, October 26, 2009

KAEDAH MENULIS LAFZUL JALALAH

Di sini ana masukkan satu video cara menulis lafaz Allah. penulis ini ialah Abbas al-Baghdadi. Seorang pakar yang tidak asing di dalam dunia khat. Semoga semua peminat khat dapat mengambil manfaat daripada kepakaran beliau.

video

Friday, October 23, 2009

Kongsi Ilmu

Ini adalah hasil latihan seorang penulis khat wanita yang sedang meningkat naik. Ana cuba kongsi ilmu dan pengalaman setakat yang termampu. Ana yakin satu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang penulis khat yang terkenal insyaAllah




Seminar Seni Khat di UDM

Sekitar pembentangan kertas kerja seni khat di UDM. Bersama dengan pakar khat Terengganu Ust Halias dan Ust Zafuan. Banyak lagi gambar yang diambil tp ana belum terima. InsyaAllah akan dikemaskini nanti


Takbir raya




Yang ni ana tolong tuliskan untuk bilal masjid kampung ana.

Monday, October 19, 2009


Yang ni pulak ana tulis atas kanvas, beli yang dah siap gambar dia, pastu tulis guna marker. Tapi susah sikit nak jadi sebabmata dia tak tajam. hasilnya huruf nun nampak senget. Apapun ana dapat pengalaman baru

Assalamualaikum. Sungguh pantas masa berlalu. syawal dah pun habis. rasa macam belum puas lagi makan kuih raya. Oleh kerana terlalu banyak perkara yang berlaku maka ana tak sempat nak update blog ana ni. oh ya, sekarang ana nak cuba berlatih khat diwani jali pula sebab ana tengok ia sangat sesuai dengan pasaran sekarang. Masa sambutan Idul Fitri hari tu pun ana tengok banyak banner yang ditulis dalam khat diwani jali. Bersemangat rasanya...

Tuesday, June 23, 2009

doa nasakh turki


ana seronok buat khat menggunakan kaedah turki kerana ia agak menarik dan bebas dari kaedah khat tradisional. cuma kalau untuk pertandingan di malaysia ia tidak sesuai kerana ramai pengadil mempunyai aliran berbeza.

Monday, June 15, 2009

rahsia khat



Untuk meningkatkan kemahiran mestilah sentiasa membuat latihan. Tapi yang penting kena ada tunjuk ajar daripada pakar kerana "rahsia khat tersembunyi di dalam pengajaran ustaz"


Sunday, June 14, 2009

pasti al-mawaddah - tempahan papan tanda


dah lama tak menulis ni, bila pegang pen, tangan rasa keras semacam aje.

logo : Mohd Marwan


dah lama berhenti berkarya kerana kesibukan dgn tugasan2 yg memberi manfaat kpd org lain. namun jiwa kita akan mendapat kepuasan dan ketenangan hanya apabila kita dapat melakukan sesuatu yang paling kita suka...khat

Thursday, June 4, 2009

contoh corak





di sini ana masukkan beberapa contoh hiasan yang biasa digunakan dlm karya khat. boleh cuba tiru. lama2 insya Allah akan dtg sendiri idea yang lain

Saturday, April 11, 2009

Karya-karya :



Banner Maulidur Rasul 1430h



Latihan harian




Thursday, April 9, 2009

latihan harian


mula2 belajar dulu guna pen kaligrafi pakai buang. masalahnya mata dia selalu rosak. tp kelebihannya mudah nak tulis tak cerewet celup dakwat dan sbgnya. cuma hati2 sbb dakwatnya susah kering.
biasanya saya buat latihan tak tetap. kdg2 guna pen besi, kdg2 guna btg resam dan kdg2 guna pen kaligrafi

Wednesday, April 8, 2009

Pakar-pakar khat Terengganu

YM Syed Ubaidillah dan Ust Halias

YM Ust Syed Ibrahim Halmi

Ust Safwan Dato' Embong

YM Syed Omar

Mohd Syafiq