Monday, October 26, 2009

KAEDAH MENULIS LAFZUL JALALAH

Di sini ana masukkan satu video cara menulis lafaz Allah. penulis ini ialah Abbas al-Baghdadi. Seorang pakar yang tidak asing di dalam dunia khat. Semoga semua peminat khat dapat mengambil manfaat daripada kepakaran beliau.

video

Friday, October 23, 2009

Kongsi Ilmu

Ini adalah hasil latihan seorang penulis khat wanita yang sedang meningkat naik. Ana cuba kongsi ilmu dan pengalaman setakat yang termampu. Ana yakin satu hari nanti beliau akan menjadi salah seorang penulis khat yang terkenal insyaAllah




Seminar Seni Khat di UDM

Sekitar pembentangan kertas kerja seni khat di UDM. Bersama dengan pakar khat Terengganu Ust Halias dan Ust Zafuan. Banyak lagi gambar yang diambil tp ana belum terima. InsyaAllah akan dikemaskini nanti


Takbir raya




Yang ni ana tolong tuliskan untuk bilal masjid kampung ana.

Monday, October 19, 2009


Yang ni pulak ana tulis atas kanvas, beli yang dah siap gambar dia, pastu tulis guna marker. Tapi susah sikit nak jadi sebabmata dia tak tajam. hasilnya huruf nun nampak senget. Apapun ana dapat pengalaman baru

Assalamualaikum. Sungguh pantas masa berlalu. syawal dah pun habis. rasa macam belum puas lagi makan kuih raya. Oleh kerana terlalu banyak perkara yang berlaku maka ana tak sempat nak update blog ana ni. oh ya, sekarang ana nak cuba berlatih khat diwani jali pula sebab ana tengok ia sangat sesuai dengan pasaran sekarang. Masa sambutan Idul Fitri hari tu pun ana tengok banyak banner yang ditulis dalam khat diwani jali. Bersemangat rasanya...